top of page

Selamat Datang ke
Kampung Aman

Bersatu Membina Kesejahteraan Masyarakat

Dikelolakan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Aman, Mukim Jitra,

Kedah Darul Aman.

Cutie Mummy Blog (1)_edited.jpg
Home: Welcome

Sejarah Kampung Aman

Kampung Aman adalah merupakan sebuah kampung yang terletak di Jitra, dalam negeri Kedah Darulaman, iaitu negeri di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negera Thailand di timur lautnya. Jarak antara pusat bandar Alor Setar dan Jitra adalah lebih kurang 25km. Jitra merupakan antara bandar yang terbesar setelah Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim. Terletak dalam Daerah Kubang Pasu dan menjadi bandar yang menghubungkan Pekan Kodiang dan Pekan Changloon.


Kampung Aman mula dibuka pada tahun 1940an di mana lebih kurang 100 buah keluarga telah membuka penempatan di sini yang awalanya kawasan ini dipenuhi dengan hutan belantara.


Penduduk asal terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Kebanyakkan mereka adalah bekerja sebagai penoreh getah. Pada lewat tahun 60an, penanaman padi mula diusahakan oleh kebanyakkan penduduk bagi mengantikan penanaman pokok getah.


Status asal tanah ini adalah milik penuh peneroka, tapi malangnya telah jatuh ke tangan Ceti akibat kengkangan kewangan oleh pemilik tanah. Tanah ini telah dijual kepada Syarikat Teguh Harian pada lewat 90an dan sehingga kini hampir 79% keluasan tanah di Kampung Aman dimiliki oleh Syarikat Teguh Harian.


Sehingga kini hampir 196 keluarga mendiami di Kampung Aman ini yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. 


Perubahan ketara yang memberi kesan kepada Kampung Aman adalah dengan kehilangan sumber pertanian dimana kebanyakkan tanah telah bertukar menjadi perumahan bagi menampung jumlah penduduk yang telah meningkat. Antara prasarana yang terdapat di Kampung Aman adalah Dewan Orang Ramai, Tabika, Surau, Restoran dan Warung, Bengkel besi, Kedai Membaiki Motorsikal, Kedai Runcit dan Kedai Membasuh Kenderaan. Kebanyakkan penduduk disini adalah peniaga dan juga bekerja di sektor kerajaan dan swasta. 

Home: About Us

Aktiviti & Program 2019

WhatsApp Image 2019-04-11 at 22.28.55.jp

Gotong Royong Surau Nurul Iman

25 Januari 2019

Majlis yang julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kampung malahan penduduk dapat beramah mesra bersama YB Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Hari Bersama JKM

28 Mac 2019

Adalah menjadi tanggunjawab MPKK bagi memastikan penduduk yang tergolong dalam golongan miskin dan asnaf dibantu dan terbela maka dengan anjuran sebegini, seramai 12 penduduk kampung telah mendafar bantuan JKM manakala 32 penduduk mendaftar dengan eKasih. Agihan pakaian terpakai juga diadakan oleh pihak JKM dan sambutan amatlah mengalakkan.

20190328_092640.jpg
gotong royong surau.jpg

Gotong Royong Surau Nurul Huda

May 03, 2019

Program ini dijalankan bagi meyambut persediaan bulan Ramadan dan disertai oleh penduduk kampung dan Orang Diparol (ODP) daripada Jabatan Penjara Malaysia. Alhamdulilah, Surau Nurul Huda telah bersedia menerima tetamunya dengan selesa.

Ihya Ramadan

May 06 - May 19, 2019

Majlis ini melibatkan dua surau di dalam Kampung Aman dan sambutan yang diberikan amatlah memberangsangkan. Rata-rata ahli jemaah berpuas hati dengan aktiviti yang dianjurkan dan mengharapkan agar diadakan lagi pada setiap tahun. In sha Allah.

terawih.jpg
bubur lambuk_edited.jpg

Majlis Sumbangan Bubur Lambuk

Jun 1, 2019

Majlis Sumbangan Bubur Lambuk anjuran Parlimen Kubang Pasu dan MPKK Kg Aman & Kg Seberang . Semoga manafaat dapat di rasai oleh semua penduduk kampung. Terima kasih YB Ir Hj Amiruddin atas sumbangan.

Rumah Terbuka Aidilfitri

June 7, 2019

Rumah Terbuka Aidilfitri ini merupakan majlis yang pertama kalinya diadakan di Kampung Aman, mendapat sambutan yang amat hebat daripada penduduk kampung disamping juadah yang dihidangkan, kanak-kanak juga menerima duit raya daripada pihak MPKK.

aidilfitri.jpg
bendera_edited.jpg

Kibar Jalur Gemilang

Ogos 1, 2019

Penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk kampung bagi menaikkan semangat patriotik disamping mengalakkan mereka bertanding dalam pertandingan Rumah Merdeka.

Majlis Agihan Daging Lembu

Ogos 10, 2019

Pihak MPKK Kampung Aman & Tok Kesop telah menerima seekor lembu hadiah daripada Pejabat ADUN Jitra, maka majlis pengagihan daging sebanyak 600gram telah diberi kepada penduduk kampung yang asnaf dan miskin, jumlah agihan adalah sebanyak 80 buah keluarga. Semoga daging tersebut dapat digunakan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

agih daging.jpg
COMBI.jpg

Program COMBI Anjuran Pej. Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Ogos 23, 2019

Seramai 34 orang penduduk kampung melibatkan diri dan pelajar sekolah daripada 5 buah sekolah yang berdekatan turut terlibat. Program gotong royong ini adalah bagi membentuk budaya kesedaran tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes.

Majlis Sambutan Hari Kemerderkaan

Ogos 31, 2019

Majlis ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama Tabika KEMAS dan pihak Komuniti Harapan Malaysia Kampung Aman. Hampir 150 penduduk kampung turut serta dalam majlis ini. Antara aktivit yang dijalankan adalah seperti perarakkan mengelilingi kampung, pakaian berhias, pertandingan mewarna dan bacaan yassin. Di samping itu juga majlis penyerahan hadiah kepada pemenang bagi acara Rumah Merdeka turut diadakan.

hari kemerdekaan_edited.jpg
bubur asyura.jpg

Program Jom Kacau Bubur Asyura

September 16, 2019

Majlis ini adalah hasil kerjasama Srikandi BERSATU dan penduduk kampung. Sebanyak 250 bekas bubur asyura telah diedarkan kepada semua penduduk kampung.

Bulan Keusahawanan

Oktober , 2019

Anatar usaha yang dijalankan oleh pihak MPKK bagi membantu usahawan kecil di Kampung Aman untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara percuma.

Cutie Mummy Blog (1).png
hari wanita.jpg

Hari Wanita

Oktober 19, 2019

Majlis ini dianjurkan bersama MPKK Kampung Tok Kesop bagi meraikan dan menghargai jasa wanita kampung. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah kelas kraftangan, bacaan yassin, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan pameran daripada agensi kerajaan dan NGO.

Home: News & Updates

Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sessi 2019 - 2020

Kampung Aman, Mukim Jitra.

Shaharudin bin Osman

Pengerusi

Rafizad bin Abd Razak

Setiausaha

Rosshaniza binti Shaari

Biro Pengurusan Kewangan

Muhammad Azlan bin Ali

Biro Pembangunan Prasarana

Alias bin Ahmad

Biro Pemantapan Spiritual

Azizan bin Ahmad

Biro Kesejahteraan dan Keceriaan

Fadillah bin Taib

Biro Infrastruktur dan Komunikasi

Zaidi bin Hashim

Biro Keselamatan dan Kesihatan

Norazam bin Musa

Biro Kebajikan dan Kesukarelawan

Ni Chek Meng

Biro Ekonomi dan Keusahawanan

Syahrul Nabil bin Shaharudin

Biro Belia, Sukan dan NGO

Sariyan binti Saad

Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

Rahayu binti Ibrahim

Biro Pendidikan dan Inovasi

Home: Meet the Team

Program Tahunan 2019

Bagi memberi keceriaan dan kesejahteraan pada semua penduduk Kampung Aman.

Majlis Gotong Royong Kampung Aman

Mengalakan penglibatan penduduk kampung bagi menyertai projek sukarela membersihkan kawasan di sekitar kampung bagi menambahkan keceriaan dan kebersihan kampung.

Hari Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat

Memberi peluang kepada penduduk kampung mendapat khidmat nasihat daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membasmi kemiskinan di Kampung Aman.

Bengkel Kemahiran Keibubapaan

Melibatkan ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dalam mendalami teknik asas pendidikan yang sebenar secara teori dan praktikal bagi melahirkan insan yang cemerlang.

Program Ihya' Ramadan

Memberkati bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan dan merapatkan tali siratulrahim di kalangan penduduk kampung.

Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Raya Korban

Menyemarakan perayaan dengan mengadakan Rumah Terbuka untuk penduduk Kampung Aman.

Sambutan Hari Kemerdekaan

Menyambut dan menzahirkan erti kemerdekaan di kalangan penduduk kampung dengan mempamirkan jalur gemilang sepanjang bulan kemerdekaan.

Home: Services & Programs

Perkongsian Ilmu

Perkara Menarik Minggu Ini

Slide  : Tatacara Permohonan Geran MPKK (Contoh daripada Kampung Aman)

Bagi membantu sahabat MPKK Daerah Kubang Pasu Kedah yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar, kami kongsikan pengalaman kami dalam memohon Geran MPKK dalam bentuk slide. Semoga bermanafaat.

Borang Permohonan Geran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Borang untuk di muat turun

Borang Akujanji Laporan Perlaksanaan Program Geran MPKK

Borang untuk di muat turun

Borang Sistem Profile Kampung Peringkat Nasional (SPKPN)

Borang Profile Kampung untuk di muat turun

Borang Laporan Perlaksanaan Program MPKK

Di hantar ke KEMAS, dalam tempoh 30 hari selepas tamat Program.

Home: Our News & Updates

Hubungi Kami

90 A, Belakang Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah.

01118536551

  • facebook

Thanks for submitting!

Home: Contact

01118536551

©2019 by MPKK Kampung Aman. Proudly created with Wix.com

bottom of page